Saturday, August 29, 2009

KHAS BUATMU SAHABAT

Sahabat...

kau hadir tanpa ku duga,
kau sempurnakan hidupku,
kau ceriakan hidupku dengan tawamu

syukur sungguh dihati ini,
dikurniakan sahabat sejati,
betapa aku menghargai,
kejujuran yang kau beri

tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan
walupun maut menjadi noktahnya...
kerana seorang sahabat itu begitu istimewa
dalam doa sahabatnya yang lain
biarpun tanpa bayangannya...

maafkan aku wahai sahabat
jika aku menyakiti hatimu
bukan niatku menyakitimu
bukan niatku melukakan hatimu

aku mencintai sahabatku segenap jiwaku. sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup mahupun selepas mati. ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang kerana aku yakin sahabat sejati adalah kawan sanggup meminjamkan bahunya untuk mendengar segala luahan hatiku, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. bukan senang hendak senang, bukan susah hendak susah, tidak kira senang atau susah...doaku semoga rahmat Tuhan sentiasa bersamamu...pabila rahmat tuhan bersamamu, meskipun susah atau senang, pastinya hatimu sentiasa tenang...

kepada kengkawanku yang juga merangkap student kelas 6 Bestari SKR 2008 terutamanya my best frenz...dan semuanya, termasuklah juga student form 1 SMKAB... I LOVE YOU ALL

No comments:

Post a Comment