Friday, April 2, 2010

cerita - ceriti aq.....

huhu...
dapat juga balik rumah setelah sekian lama berada di asrama, selama dua minggu. Waktu pergi skool dua minggu lepas rasa takut ckit. bukannya takut duk kat asrama, mana ada kes buli kat asrama SMKAB!!!... cuma takut sebab akan dpt result ujian 1. Memang takut gak ar. Tapi yang bestnya waktu nk pegi sekool ari tu ialah... ada Hari Anugerah Cemerlang. Dan pastinya aq dapat. Alhamdulillah la. Baru ari khamis ari tu (26 Mac 2010) first time saya naik pentas SMKAB utk amik hadiah. Mesti la teruja!!! Dah la dapat dua hadiah plak tu...tapi yang sedihnya my parents x dpt datang hari tu...huhuh...tapi takpe, tengok parents org lain pon dh rasa seronok dah.
K...cerita pasal result ujian 1 plak...
xla berapa bagus sangat. rasanya result aq menurun sikit. Tapi aq rasa ada yang menaik gak. Ntah la...kita just tunggu bgaimana kedudukan dlm form nanti. Harap2 boleh dapat top10 la... Tolong doakan...!!!

Thursday, March 18, 2010

adoyai.!!!

salam..semua

sudah lama rasanya x update blog nie..
bukan rasa lagi, memang betul pun. Sudah lebih sebulan x tengok2 blog nie...
almaklumlah, orang tengah sibuk, aq dah masuk form 2 pun, tahun dpn amik PMR pulak. Rasa sungguh cepat masa berjalan...berlalu pergi meninggalkan aq terhegeh-hegeh sorang2 kat sini.
sebab itulah orang selalu kata masa itu emas, terlalu berharga, tak boleh dibeli dengan wang ringgit! Masa tak kan mengejar kita. Sebab itulah kita yang kena kejar masa. Masa mana boleh dipatahbalikkan. Kalau kita pusing jarum kat jam tu boleh la...tapi masa tetap akan berlalu...
so...
tetapkan tekad, sama2 kita mengejar masa, kerana masa itu ibarat pedang. kalau kita tidak memotongnya, dia akan memotong kita. that's why la kita selalu di dalam kerugian. kerana kita tidak mengejar masa.

"demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh, serta yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Monday, February 15, 2010

TAHUN BARU

first skali...assalam...
sedar xsedar, nasib baik sdr jgk dh pun masuk thn 2010. satu angka yg bagus. pjam celik pejam celik aq dah pun 14 thn. dh besar pnjg pon...
aq sudah lama x on blog nie...
bkn apa, xslalu ada di umah,
almaklumlah...org tinggal kat asrama
stiap dua minggu br boleh blik
tu pun xpasti lg bleh on ke x pc nie...
apa-apapun...
smpena thn baru nie,
tkdkan azam kita,
supaya menjadi insan cemerlang....
insya-Allah


GONG XI FA COI !!!



Saturday, September 19, 2009

PANTASNYA MASA BERLALU

salam...

sedar xsedar dah sebulan kita puasa. pejam celik pejam celik esok dah nk raya. pejam celik pejam celik dah balik rumah pon.heheh...

Memang sungguh cepat masa berlalu...
kita sepatutnya bersyukur sgt sbab kita bleh lg sambut raya tahun nie...Bukan mcm sesetgh org yg xsempat nk raya...so, sedekahkanlah al-fatihah kat mereka yg pergi meninggalkan kita. ayat sedih la plak...huhu~

nanti bangun raya pagi esok jgn lupa mandi sunat hari raya. baru dpt pahala lebih sikit.nanti mintak maaf kat mak ayah. engko orang tu banyak dosa (termasuk aq sekali ler...)
pastu lps mintak maaf tu mintak la duit raya..heheh..don't try this at home!!!

apa2 pun nak wish korang semua SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Saturday, August 29, 2009

KHAS BUATMU SAHABAT

Sahabat...

kau hadir tanpa ku duga,
kau sempurnakan hidupku,
kau ceriakan hidupku dengan tawamu

syukur sungguh dihati ini,
dikurniakan sahabat sejati,
betapa aku menghargai,
kejujuran yang kau beri

tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan
walupun maut menjadi noktahnya...
kerana seorang sahabat itu begitu istimewa
dalam doa sahabatnya yang lain
biarpun tanpa bayangannya...

maafkan aku wahai sahabat
jika aku menyakiti hatimu
bukan niatku menyakitimu
bukan niatku melukakan hatimu

aku mencintai sahabatku segenap jiwaku. sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup mahupun selepas mati. ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang kerana aku yakin sahabat sejati adalah kawan sanggup meminjamkan bahunya untuk mendengar segala luahan hatiku, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. bukan senang hendak senang, bukan susah hendak susah, tidak kira senang atau susah...doaku semoga rahmat Tuhan sentiasa bersamamu...pabila rahmat tuhan bersamamu, meskipun susah atau senang, pastinya hatimu sentiasa tenang...

kepada kengkawanku yang juga merangkap student kelas 6 Bestari SKR 2008 terutamanya my best frenz...dan semuanya, termasuklah juga student form 1 SMKAB... I LOVE YOU ALL

Thursday, August 27, 2009

SHARING IS CARING

Assalam....
Jikalau anda menghadapi simptom selesema, batuk, demam, sukar bernafas, pening kepala atau sakit tekak... kemungkinan anda menghidap H1N1. Minum air susu dan buah. Makan makanan yang diperbuat daripada buah kerana ada pihak yang menjalankan kajian bahawa minuman segar mampu membersihkan atom-atom H1N1.

( thanx to my friend yang bagi info nie) jasamu dikenang jua...hehe

Tuesday, August 25, 2009

19 HADIS RASULULLAH SAW MENGENAI WANITA

cuma untuk perkongsian....

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebaikan

  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang takutkan Allah s.w.t, diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10 000 tahun).

  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  11. wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh

  12. Aisyah berkata " Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah lebih yang besar haknya terhadap wanita? jawab Rasulullah s.a.w, "suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w,"ibunya".

  13. Apabila memanggila akan engkau kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

  16. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

  17. Wnita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku( Nabi s.a.w) di dalam syurga.

  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa dan bertanggungjawab, maka baginya syurga.

  19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.